" MELANGKAHLAH DENGAN PENUH YAKIN...DIMANAKAH BOLEH ANDA MENDAPAT KEYAKINAN? KAUNSELOR ANDA SEDIA MEMBANTU"

Saturday, September 25, 2010

MINGGU PERSONALITI DIRI (CANTIK DAN KACAK)

“CANTIK DAN KACAK”
Pada hari Isnin, unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan aktiviti “Cantik dan Kacak” selama beberapa minit untuk menjayakan minggu personaliti diri. Guru  Bimbingan dan Kaunseling memanggil seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan secara sukarela datang ke Astaka secara sukarela. Guru memberi soalan tentang lelaki kepada pelajar perempuan dan sebaliknya kepada pelajar lelaki tentang apa yang mereka suka tentang personaliti seseorang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar berpakaian kemas dan mengikut peraturan sekolah

LAWATAN KE KARNIVAL SUNGAI SIPUT, PERAK


LATAR BELAKANG PROGRAM

Karnival Usahawan Sungai Siput merupakan program tahunan sekolah pada tahun ini. Pada tahun ini, sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program ini. Karnival tersebut telah dijalankan pada 08 Ogos 2010. Karnival ini merupakan karnival yang menghimpunkan ramai pengusaha-pengusaha IKS dan sebagainya yang banyak berkecimpung dalam dunia perniagaan. Di sini terdapat pelbagai gerai yang menarik dan pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencuba kerjaya tersebut dengan mengaplikasikan bakat-bakat meniaga dan sebagainya di Karnival tersebut. Mereka juga diberi peluang menemuramah pengusaha-pengusaha gerai tersebut. Terdapat pelbagai maklumat yang mereka perolehi sepanjang karnival itu dijalankan.
Para pelajar dibawa ke Pusat Pembuatan Labu Sayung. Di sini, mereka mempelajari cara-cara membuat labu sayung yang mana ia boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Terdapat pelbagai jenis labu sayung yang dijual di situ. Para pelajar begitu berbakat di dalam menghasilkan labu sayung. Para pelajar juga di bawa ke Taman Tasik Taiping untuk aktiviti riadah dimana mereka boleh menenagkan fikiran dan menenagkan jiwa mereka daripada kekusutan. Selain itu juga, lawatan ini juga membawa para pelajar ke restoran-restoran seperti gerai RM 1. Para pelajar sempat menemubual pengusaha gerai tersebut. Sememangnya para pelajar begitu teruja dan semangat dengan bertanyakan banyak soalan kepada pengusaha tersebut. Para pelajar tiba ke sekolah pada pukul 8 malam.


MATLAMAT

Memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan bidang kerja yang ingin mereka ceburi.

OBJEKTIF
  • Pelajar dapat ilmu pengetahuan dan maklumat melalui pameran yang dijalankan
  • Para pelajar mendapat satu pengalaman baru tentang dunia kerjaya yang baru.

Thursday, September 23, 2010

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP KLIEN
(A)       Guru bimbingan bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
(B)       Guru bimbingan hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa memberi bimbingan melainkan maklumat yang akan  membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.
(C)       Guru bimbingan hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien serta menerima mereka tanpa syarat.
(D)       Guru bimbingan hendaklah memlihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual dan emosi.
(E)       Guru bimbingan hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
             bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
(F)       Sekiranya mengikut pertimbangan guru bimbingan, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, guru bimbingan hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP RAKAN PROFSIONAL 

(A)       Guru bimbingan saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
(B)       Guru bimbingan hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka   
            terhadap rakan profesionalna.
(C)       Guru bimbingan bertanggungjawab untuk memastikan rakan guru bimbingan 
             mengamalkan nila-nilai guru bimbingan yang sepatutnya.
(D)       Guru bimbingan hendaklah bersedia membantu rakan guru bimbingan yang teraniaya  akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan tidak beretika

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP MASYARAKAT

(A)       Guru bimbingan hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
(B)       Guru bimbingan hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak 
            masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

(A)       Guru bimbingan hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
(B)       Guru bimbingan tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber
            organisasinya.
(C)      Guru bimbingan hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahak kecekapan   
            profesionalnya.
(D)      Guru bimbingan hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli  
            dalam organisasi.
(E)      Guru bimbingan bersedia untuk menerima sebarang arahan majikan berkaitan  
            dengan tugas dan tanggungjawabnya.
(F)       Guru bimbingan hendaklah mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi
(G)       Guru bimbingan perlu mempunyai sifat keterbukaan untuk dinilai secara professional dari masa ke masa.
(H)       Guru bimbingan hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan organisasi.

TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

  • Mengumpul, merekod dan mengemaskini butir-butir dan maklumat setiap pelajar dalam segala aspek peribadi dan pencapaian akademik.
  • Menjalankan kajiselidik , ujian diagnostik dan pentafsiran yang boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • memberi maklumat tentang pencapaian, kemajuan dan punca masalah pembelajaran pelajar yang berkenaan kepada guru yang perlu menggunakannya untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemulihan.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat kerjaya dan latihan melalui edaran risalah dan bulletin sekolah, poester, pameran kerajaya dan anjuran hari kerjaya.
  • Mengurus dan mengelolakan lawatan sambil belajar ke kilang, bengke, kawasan industri dan firma, pusat latihan dan kolej-kolej untuk pelajar.
  • Memberi panduan kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran dalam Peperiksaan PMR, SPM, STPM, jenis aktiviti kokurikulum, mata pelajaran Elektif, kejaya atau masa depan.
  • Memberi khidmat kaunseling untuk pelajar secara individu atau kelompok, tentang masalah akademik, kokurikulum, hak-hak peribadi, kerjaya dan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah.
  • mengurus dan menganjur ceramah tentang peperiksaan, kerjaya dan penyalahgunaan dadah, kem motivasi untuk tujuan meningkatkan prestasi, konsep kendiri yang positif.
  • Merancang dan menganjurkan progam orentasi pelajar dan ibu bapa.
  • Merancang mengadakan Program Rakan Sebaya (PRS)dan latihannya.
  • Menyelaras perkhidmatan B & K antara sekolah dengan pihak luar.
  • Berkhidmat sebagai penasihat Kelab B & K 




VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010.




MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

·         Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
·         Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
·         Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
·         Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
·         Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH

Bahawa setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting. Ini adalah kerana keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berketerampilan, berjiwa besar dan waja selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha-usaha Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling juga adalah untuk membina insan yang terus maju kerana hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan seimbang dalam semua bidang dan aspek perkembangan diri pelajar.