" MELANGKAHLAH DENGAN PENUH YAKIN...DIMANAKAH BOLEH ANDA MENDAPAT KEYAKINAN? KAUNSELOR ANDA SEDIA MEMBANTU"

Thursday, September 23, 2010

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP KLIEN
(A)       Guru bimbingan bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
(B)       Guru bimbingan hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa memberi bimbingan melainkan maklumat yang akan  membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.
(C)       Guru bimbingan hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien serta menerima mereka tanpa syarat.
(D)       Guru bimbingan hendaklah memlihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual dan emosi.
(E)       Guru bimbingan hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
             bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
(F)       Sekiranya mengikut pertimbangan guru bimbingan, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, guru bimbingan hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP RAKAN PROFSIONAL 

(A)       Guru bimbingan saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
(B)       Guru bimbingan hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka   
            terhadap rakan profesionalna.
(C)       Guru bimbingan bertanggungjawab untuk memastikan rakan guru bimbingan 
             mengamalkan nila-nilai guru bimbingan yang sepatutnya.
(D)       Guru bimbingan hendaklah bersedia membantu rakan guru bimbingan yang teraniaya  akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan tidak beretika

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP MASYARAKAT

(A)       Guru bimbingan hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
(B)       Guru bimbingan hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak 
            masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

(A)       Guru bimbingan hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
(B)       Guru bimbingan tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber
            organisasinya.
(C)      Guru bimbingan hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahak kecekapan   
            profesionalnya.
(D)      Guru bimbingan hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli  
            dalam organisasi.
(E)      Guru bimbingan bersedia untuk menerima sebarang arahan majikan berkaitan  
            dengan tugas dan tanggungjawabnya.
(F)       Guru bimbingan hendaklah mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi
(G)       Guru bimbingan perlu mempunyai sifat keterbukaan untuk dinilai secara professional dari masa ke masa.
(H)       Guru bimbingan hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan organisasi.

TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

  • Mengumpul, merekod dan mengemaskini butir-butir dan maklumat setiap pelajar dalam segala aspek peribadi dan pencapaian akademik.
  • Menjalankan kajiselidik , ujian diagnostik dan pentafsiran yang boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • memberi maklumat tentang pencapaian, kemajuan dan punca masalah pembelajaran pelajar yang berkenaan kepada guru yang perlu menggunakannya untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemulihan.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat kerjaya dan latihan melalui edaran risalah dan bulletin sekolah, poester, pameran kerajaya dan anjuran hari kerjaya.
  • Mengurus dan mengelolakan lawatan sambil belajar ke kilang, bengke, kawasan industri dan firma, pusat latihan dan kolej-kolej untuk pelajar.
  • Memberi panduan kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran dalam Peperiksaan PMR, SPM, STPM, jenis aktiviti kokurikulum, mata pelajaran Elektif, kejaya atau masa depan.
  • Memberi khidmat kaunseling untuk pelajar secara individu atau kelompok, tentang masalah akademik, kokurikulum, hak-hak peribadi, kerjaya dan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah.
  • mengurus dan menganjur ceramah tentang peperiksaan, kerjaya dan penyalahgunaan dadah, kem motivasi untuk tujuan meningkatkan prestasi, konsep kendiri yang positif.
  • Merancang dan menganjurkan progam orentasi pelajar dan ibu bapa.
  • Merancang mengadakan Program Rakan Sebaya (PRS)dan latihannya.
  • Menyelaras perkhidmatan B & K antara sekolah dengan pihak luar.
  • Berkhidmat sebagai penasihat Kelab B & K 




0 comments:

Post a Comment